Saturday, May 11, 2019

LDR, Does It Kill My Relationship? ♛

                                          Assalamualaikum & Hello everyone!

First day as husband & wife 

Today Lisa akan share about my experience having long distance relationship for almost 3 years. Does it kill my relationship? Before that I will give you guys some introduction on my relationship with my husband. So we've been married for 3 years plus now. Masa tu Lisa kat KL & his in Sabah. Lisa kurang expose pasal my husband dekat socmed masa tu sbb security issue lah, Bahaya lah kan bila orang tahu that we're alone most of the time.

Before we go through LDR, kami dah berbincang to be apart until we both stable and our plan adalah untuk tunggu dia transfer drpd Sabah to KL because his family and mine is in here. Our first year of LDR didn't go well as our plan bila mana masa ni dah mula lupa pasal misi untuk tunggu both stable and wait for him to comeback. I can bet there's a lot of cases of LDR ni when one decided to change the plan and the wife need to follow her husband.

Masa ni dah dgr macam-macam drpd orang sekeliling pasal agama yang isteri patut ikut kemana sahaja suami dia pergi & kena percaya pada rezeki yang Allah SWT bagi. Trust the process etc etc. To be honest Lisa percaya dengan rezeki yang Allah SWT dah janjikan tu but I don't trust myself sbb kalau Lisa move to Sabah, Lisa akan jobless sbb kat Sabah tak ada kerja (this is a fact) sebab it's not in KK or tempat-tempat yang banyak company to work with.

So I've decided not to move sbb I know how it will turned out to be bila dah sampai sana, we will have issue with the house. Nak stay mana? We will have issue with money. Since dia sorang jee yang bekerja, I can imagine how stressful the situation is. Tipulah kalau dalam masa takde duit tu dia boleh happy-happy and bersyukur sepanjang masa asalkan isteri dia ada. The stress of the husband will be yours too. Bila dah susah kita akan start susah kan orang lain. Orang-orang yang nasihat kita pasal agama dulu tu akan tolong kita tak? or akan mengata kita? Think wisely. This is real story sbb we don't have rich parents yang akan provide us money. We are 100% on our own. 

Kita yang lebih kenal siapa diri kita & bukan orang lain. After the stressful year of our first year of marriage, Alhamdulillah we get through it for the second year until Allah SWT bagi rezeki dia balik & I'm pregnant 4 months masa tu. I will give you guys some advise bagi yang tengah go through LDR dengan pasangan. So here's some tips :

1. Kenali potensi diri.

Tips first dah mcm tips business dah tapi betul lah, kenali potensi diri korang. Boleh ke mengharungi dugaan-dugaan along the way of LDR tu nanti? Kalau rasa kalah dengan godaan perempuan lain ke apa ke tak payah lah ambik risiko. Cari jalan lain.

2. Sabar.

Biasanya LDR ni orang buat bersebab & bukannya forever nak jarak jauh jadi kena banyak sabar & fikir balik kenapa korang decide untuk jauh. Mostly yang jauh ni untuk masa depan yang cerah. It won't take forever of your life pun so be patient and stick to the niat why you choose the path.

3. Jangan dengar cakap orang because you know yourself better than others.

There's a time orang akan start bising-bising pasal agamalah, pasal curang lah pasal bahaya lah apa lah. Mmg apa yang orang cakap tu ada betulnya tapi kita lagi tahu how to valuate pasangan kita. Berjauhan ni hanya untuk sementara & untuk valid reason. Bukan suka-suka nak jauh.

4. Both husband & wife kena consistent with the plan unless the change are for the better reason.

To go through LDR both parties kena help each others and kena saling ingatkan diri why we go through this again and kena lah avoid benda-benda yang tak diingini drpd berlaku. You're the control of yourself bukan orang lain. So elakkan drpd buat perangai. Kalau rasa tak mampu change the plan so it can avoid problems in the future.

Banyak lagi tips lain but I don't like my blog meleret-leret so that will be all, thank you for spent the time to read ! Till next time 


Tuesday, April 16, 2019

Breastfeeding Journey ♛

Assalamualaikum & Hello everyone!



Harini Lisa nak share pasal breastfeeding journey Lisa dengan Medina & beberapa lesson learned yang Lisa dapat lepas failed nak direct feeding Medina. Untuk new mommy to be boleh lah belajar drpd kesilapan Lisa. Orang kata biasa lah anak first ni mcm satu experiment, daripada kita tak tahu apa-apa jadi tahu banyak sangat benda. Sebelum pregnant Lisa langsung tak tahu apa itu induce whatsoever yang mak-mak kena tahu. Plus Lisa tak ada reference orang terdekat yang boleh nasihatkan apa yang boleh buat and apa yang tak boleh buat. Ada a few lah kawan-kawan yang banyak tolong especially pasal persediaan barang-barang tapi daripada segi breastfeed punya hal mmg takde. Bak lagu Najwa Latif tu, kosong-kosong ohh ohh..........

3 hari lepas Medina lahir which is on 15 January 2019 Lisa dah start bagi dia susu formula sbb susu Lisa blm banyak and dia menangis. Okay ni adalah kesalahan pertama Lisa sbb bagi botol pada Medina. Bagi pendapat Lisa, it's okay untuk bagi susu fm pada baby tapi cara tu salah sbb Lisa bagi menggunakan botol. Sepatutnya dia kena minum thru cup kecik mcm kat hospital tu or thru picagari. Once baby dah kenal botol mmg dia malas nak direct feeding. Tapi ada jugaklah hikmah sbb 24 January 2019 Lisa kena warded sbb tumpah darah. 4 hari jugak kat hospital masa tu baby baru 12 hari. Nak taknak kena jugak lah kan bagi botol sbb takan nak harap kan husband kita bagi susu guna picagari kat rumah. Tak jadi keje sis kalau buat mcm tu.

Ni contoh cup tu ya hadek-hadek (Sumber : Google)


Masa warded tumpah darah tu nurse ada tanya nak bawak baby datang tak, kalau nak bawak dia akan pindahkan ke wad lain. Masa tu kita pun lemah dengan tangan berjarum semua mcm mana nak jaga baby sekali so masa tu Medina minum susu fm & Lisa pam jugak untuk bagi Medina. Masa tu susu dah meriah jugak sbb masukkan air dekat 5 ke 7 botol sehari so baju kejap-kejap basah. Kat wad tu azab sangat-sangat menunggu hari nak cuci & tarik rahim turun sbb rahim slow progress. Possibly because of baby tak direct feeding so rahim lambat kecut. Masa procedure tu Lisa kena bius mcm nak bersalin Czer jugak tapi walaupun bius masih lagi rasa sampai menangis-nangis. Pengalaman yang takan ku lupakan. Tumpah darah tu doctor ckp sbb infection tapi logik jugak sbb masa Czer tu sekejap jee doctor tu buat. Kurang drpd 30 minit, boleh imagine tak? Terlalu laju sampaikan ada rasa doubt, betul-betul bersih ke dia cuci.

Tapi Lisa positive jelaa, anggap jee itu dugaan drpd Allah SWT supaya beringat. Hehe. So Lisa akan share tips kepada mommies yang nak breastfeed kan baby sehingga 2 tahun dengan izin Allah SWT.

1. Jangan kenalkan baby kepada botol/pacifier 

Selagi baby belum cukup sebulan jangan sesekali coba-coba bagi baby minum botol, kalau baby menangis mcm tak kenyang cuba guna cup or picagari. Kenal kan baby pada botol pada umur dia sebulan atau pun dekat-dekat kita nak masuk kerja nanti (ni lebih baik).

2. Pergi seminar free yang KK buat or berbayar oleh penceramah bertauliah

Yang ni Lisa agak menyesal tak pergi tapi KK pun tkde pun offer kat kita. Haha. Actually Lisa tak tahu pun ada clasa mcm ni. Kalau tahu mesti Lisa dah tanya dorang awal-awal sblm dorang offer. Baru tahu ada class-class mcm tu lepas habis pantang. Apoooo gunoo aeh. So please-please pergi sbb tak rugi pun sis. 

3. Sabar

Dalam breastfeeding ni mommies kena banyak sabar, positive & banyakkan doa supaya Allah SWT permudahkan urusan kita untuk breastfeed sampai anak umur 2 tahun.

Okay cukup lah 3, walaupun hanya 3 tapi tu tips yang terpenting yang Lisa rasa uolss semua kena tahu. Bab posisi betul untuk latching tu semua kalau pergi seminar tu nanti tahu lah semua benda. Till we meet again on different sharing or story. Thank you for your time 

Sunday, April 14, 2019

Pengalaman Bersalin Medina ♛

Assalamualaikum & Hello everyone!

Ni ada lah posting pertama di blog ni & in shaa Allah bukan lah yang terakhir (hopefully), harini Lisa terextra rajin nak share pengalaman bersalin sendiri setelah 3 bulan berlalu. Sepanjang 38 minggu 3 hari pregnant kan Medina smooth jee tanpa sebarang morning sickness langsung! Orang cakap tengok mak kita, kalau mak kita ada morning sickness yang teruk kita pun kemungkinan akan ada tapi so far my mom pun tak ada morning sickness utk kelima-lima anak dia. Kadang-kadang terfikir senang nya mak aku beranak sampai 5, aku yang satu ni pun serik betul rasanya. Haha.

Gambar Medina masa hari pertama melihat dunia 

07 January 2019

Malam tu ada rasa baby mengeras tapi sakit ke apa langsung takde. Kita yang tak ada pengalaman ni pun risau lah so lepas makan malam bersiap-siap terus ke  HTJ (Hospital Tuanku Ja'afar). Lepas pergi Hospital tu nurse buat CTG untuk check contraction level & check bukaan. Lepas check doctor ckp dah ada bukaan 1cm. Biasanya kalau HKL or some hospital akan suruh balik kalau bukaan 1cm ni tapi kita disuruh masuk wad.

Masa tu ikutkan ajee sebab mmg ingat dah nak bersalin & takut la kalau balik tiba-tiba pulak ada masalah lain ke kan. Tapi to be honest lepas ni kalau pregnant anak kedua kalau betul-betul sakit baru Lisa akan pergi hospital sbb memang serik pergi awal-awal & kena paksa beranak. It's a nightmare. Masa malam pertama masuk wad kena tidur dekat katil extra tempat orang lalu lalang. Panasnya tuhan jee tahu tido dalam peluh. Nasib baiklah satu mlm jee kena tidur kat situ sbb esok tu dah dapat bilik baru second class tempat beraircond & 1 bilik ada 4 orang.

Happy sangat dapat duduk bilik tu masa pregnant tapi once lepas bersalin rasa menyesal sbb badan menggigil-gigil tak tahan sejuk sampaikan mintak dengan nurse nak tidur balik katil tepi-tepi tu sbb dah tak tahan sangat dah. Pagi tu nurse bising suruh balik katil semula sbb seorang pesakit tak blh ada 2 bed katanya. Okay berbalik pada mlm pertama warded mmg tidur jee sampai esok.

08 January 2019

Masuk hari kedua pagi-pagi dah kena bangun buat CTG & doctor check bukaan, sakit gila weyy rasa mcm kena tusuk pun ada sbb doctor buat kasar gila dan bukaan masih 1cm (Hampaa betul), lepas check bukaan tu boleh balik katil mcm biasa and rehat-rehat.

09 January 2019

Masuk hari ketiga bermulalah nightmare bila doktor decide untuk induce dengan masukkan belon (Foley Bulb Induction). OMG! sepanjang hidup tk pernah tahu wujudnya benda-benda mcm tu. Masukkan tu tak sakit pun cuma rasa tak selesa lah umpama wanita yang mempunyai telur. Hahaha. Mungkin jugak tak sakit masa tu sbb masih terkaburi dengan rasa sakit doctor yang check bukaan hari smlm nya tu.

Lepas pasang belon bila kita jalan tube yang bersambung dengan belon tu pun mcm bergoyang serious tak selesa. Dalam pukul 3.00pm tu ada lah darah keluar, mungkin disebabkan tekanan oleh belon tu. Beberapa jam lepas masukkan belon tu mmg ada rasa contraction tapi hilang dalam pukul 7.30pm mcm tu. Malam around pukul 8.30pm rasa nak terberak la pulak. Masuk jee tandas tiba-tiba belon terkeluar sendiri & pergi inform nurse cepat-cepat. Nurse tengok & dia ckp kecik sangat belon ni doctor pasangkan sbb tu boleh terkeluar.

Masa tu mmg rasa stress lah jugak sbb kita dah rasa azab satu hari suntuk tiba-tiba belon kecik pulak, mcm pointless sangat-sangat pakai belon tu.

Ni rupa belon yang ditakuti ituww (Sumber: Google)


10 January 2019

Hari keempat doctor pakaikan belon baru pulak sampai lah masuk hari ke-5. Keadaan masih sama tak selesa berbelon. Haha. Doctor cakap lisa dah rugi satu hari sbb masa belon tertanggal tu sepatutnya kena terus pasang baru tapi masa tu doctor tak ada.

11 January 2019

Hari kelima doctor check dah 3cm and dia decide utk tolak ke labor room & belon pun dicabut. 3cm tu pun sbb kena korek bukannya naturally nak terbukak. Tiba-tiba haritu banyak pulak emergency case so tunda keesokkannya.

12 January 2019

Pagi-pagi dalam pukul 10 pagi dah kena pergi LR. Tapi sblm pergi LR tu ada bagi tahu doctor yg nk tunggu lagi sbb bukaan masih sama 3cm. Pergi awal-awal pun mcm tkde guna tapi doctor paksa jugak turun so terpaksa lah turun.

Masuk LR doctor pecah kan air ketuban & start induce for 12 hours. 4 jam pertama tak ada rasa sakit apa-apa. Masuk 4 jam kedua dah rasa sakit sangat-sangat mcm nak mati rasanya. 4 jam terakhir bukaan baru sampai 6cm & nurse suruh cuba push. Tepat 4 jam terakhir nak berakhir lisa suruh nurse tolak cepat-cepat untuk buat C-Section sbb dah tak tahan sangat sakit plus dah lembik. Siap tanya doctor lg bila sakit ni nak hilang. Doctor ckp lepas jee suntik epidural baru sakit akan hilang. Ternyata mmg betul segala sakit contraction tu terus cingggg lesap!. So bila dah bius separuh badan terus doctor operate & keluarlah seketul Medina yang berat nya 3.00kg tepat pada pukul 9.23 malam.

Mmg terasa sangat kena paksa beranak haritu sbb mmg takde sakit apa-apa pun & bukaan pun baru 1cm. Tanda-tanda mcm air ketuban pecah or keluar darah pun tak ada. Tapi positive jelaa anggap lah tu satu pengalaman yang mahal supaya untuk anak kedua kita akan lebih tahu mcm mana rasanya nak beranak tu sebenarnya.

Okay that's all nak share, nanti Lisa share topic yang lebih menarik untuk uolss okay. Stay tune and do drop some comment on what you want me to talk about.